Thursday, October 13, 2022

Ahli Kumpulan

 

1) Muhammad Syamsuzzaman (F2003)

2) Azrul Hardief (F2009)

3) Abdul Qayyum (F2021)

4) Muhammad Mustaqim (F2061)

5) Muhammad Shazazul Haziq (F2065)

Topik

 

Isu yang paling ketara sekarang ini adalah masjid yang sunyi hanya dikunjungi oleh orang-orang tua. Berdasarkan masalah ini buat satu blog tentang masjid tersebut bertujuan untuk menarik jemaah ke masjid.

Apakah yang dimaksudkan dengan masjid?

 

Masjid pada bahasa arab adalah nama bagi tempat bersujud. Masjid memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan umat Islam dan menegakkan tamadun kehidupan mereka. Masjid juga disebut sebagai Baitullah (rumah Allah) bahkan sebagai Bait Al Jami' (rumah masyarakat). Ianya mempunyai pelbagai kegunaan lain seperti tempat untuk mengadakan majlis ilmu, mesyuarat, akad nikah dan pelbagai kegiatan lain yang dibenarkan oleh agama Islam. Masjid adalah syiar Islam dan menjadi nadi pembangunan ummah wasatiah.

Mengapa golongan belia tidak mahu pergi ke masjid ?

 

Golongan belia adalah golongan yang paling rendah peratusan untuk pergi ke masjid. Mengapakah golongan belia pada kini tidak gemar ke masjid untuk solat berjemaah sebalikya mereka lebih memilih untuk solat bersendirian di rumah. Satu kajian mendapati golongan belia Islam memliki peratusan yang rendah untuk tidak menunaikan solat. Yang pertama ialah disebabkan ibubapa yang kurang berikan didikan agama kepada anak anak mereka. Ibubapa selaku contoh mestilah menunjukkan contoh yang baik dengan pergi ke masjd.

     Selain itu, kelekaan golongan belia juga ialah satu faktor mengapa golongan muda tidak pergi ke masjid. Ini kerana mereka leka dengan hiburan dan telefon pintar atau teknologi yang melalaikan mereka. Seterusnya, kerana golongan belia sekarang kurang ilmu fardhu ain dan menyebabkan mereka segan untuk masjid.

     Akhir sekali, masjid juga haruslah mainkan peranan untuk menarik minat golongan belia untuk ke masjid. Hal ini terjadi kerana masjid yang tidak menitik beratkan golongan belia untuk ke masjid. Pihak yang berkaitan boleh melakukan pelbagai cara untuk menarik minat belia.

Antara manfaat yang diterima oleh belia dan golongan yang hadir ke masjid:

 

a)    Kuliah maghrib

     Terdapat kuliah maghrib pada setiap hari isnin hingga khamis yang disampaikan oleh penceramah-penceramah yang mahsyur dan mendapat pengiktiran tauliah oleh jabatan mufti. Dengan adanya majlis ilmu seperti ini, para jemaah akan mendapat peluang untuk menambahkan ilmu pengetahuan . Sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah kewajiban seperti mana yang termaktub dalam hadis "Mencari ilmu itu adalah wajib bagi setiap Muslim laki-laki maupun Muslim perempuan”. (HR. Ibnu Abdil Barr). Maka rebutlah peluang yang telah diberikan dengan menghadirkan diri ke masjid pada tiap malam agar masa kita dapat diisi dengan ilmu.

b)    Jamuan makan

     Selain itu, terdapat jamuan makan yang disediakan oleh pihak masjid untuk para jemaah selepas menunaikan solat fardhu Isyak . Pelbagai juadah yang disediakan oleh pihak masjid antaranya mee goreng, nasi lemak atau kuih muih . Jamuan ini disediakan bagi para jemaah agar mereka pulang dari masjid dengan gembira. Mengapa perlu berbelanja untuk makan malam sedangkan masjid telah menyediakan makan malam untuk para jemaah. Dengan hanya hadirkan diri ke masjid , kita dapat menjimatkan wang perbelanjaan makanan. Alangkah lebih untung jika dapat membawa ahli keluarga bersama-sama mengimarahkan dan menikmati juadah di masjid.

c)     Kelas mengaji Al-Quran

Di masjid juga disediakan kelas mengaji untuk kanak-kanak dan orang dewasa pada tiap hujung minggu. Kelas mengaji ini akan dipimpin oleh imam-imam masjid tersebut. Untuk makluman semua, kelas mengaji ini adalah percuma tanpa sebarang bayaran. Kelas mengaji ini kebiasaannya berlangsung pada jam 10 pagi sehingga 12 tengah hari. Antara yang ditekankan dalam kelas ini adalah pembelajaran hukum tajwid dan qiraat.

d)    Kursus pengurusan jenazah

Seterusnya, masjid juga menyediakan perkhidmatan menguruskan jenazah dengan kadar bayaran yg amat berpatutan. Sekiranya ada ahli qariah yang meninggal dunia, pihak masjid akan segera mempersiapkan segala urusan bagi menguruskan jenazah tersebut. Segala urusan daripada memandikan, mengkafankan, solat jenazah dan pengkebumian akan diuruskan oleh pihak masjid dan dibantu oleh waris -waris arwah tersebut sekiranya si mati mempunyai waris. Pihak masjid juga mengadakan kelas pengurusan jenazah pada tiap bulan bagi memberi pengetahuan am kepada para jemaah. Mempelajari ilmu pengurusan jenazah juga merupakan fardhu kifayah yang amat dituntut.

Cara untuk mengajak golongan belia ke masjid

  • Adakan ceramah khas untuk orang muda yang menjawab isu berkaitan kehidupan yang dialami oleh mereka dan jalan penyelesaiannya. Sebagai contoh, isu cinta mengikut neraca syariat sebenar, isu membina keluarga bahagia, isu melunaskan hutang dengan sebaik mungkin dan lain-lain.
  •  Libatkan orang muda dalam Ahli Jawankuasa masjid.
  • Wujudkan laman yang mesra masyarakat terutamanya orang muda sebagai sudut terapi yang kemungkinan adanya kolam ikan, sentiasa rapi dan bersih sifatnya, sedap mata memandang.


Harapan

Harapan kami ialah  kami berharap masyarakat zaman sekarang terutamanya kepada golongan remaja, mestilah sentiasa bersikap rasional, bertanggungjawab, berhemah tinggi, berdikari dan banyak lagi. Ini adalah untuk melahirkan generasi golongan remaja yang aktif dalam meramaikan aktiviti kemasyarakatan tidak kira sama ada di masjid mahupun di mana jua.

Selain itu, kami juga berharap golongan muda ini mampu mengalas tugas sebagai imam, bilal mahupun siak. Ini adalah untuk mengurangkan kebergantungan kepada golongan yang berusia daripada terus mengalas jawatan tersebut. Dengan jawatan ini dipegang oleh golongan muda, nescaya akan ada perubahan dalam bilangan Jemaah yang menghadiri solat Jemaah di masjid mahupun di surau-surau.

Kami juga berharap melalui perkongsian ini, hati golongan muda akan lebih terbuka untuk mengimarahkan atau meramaikan masjid – masjid yang kini kian sepi dan hanya dikunjungi oleh golongan tua yang sudah lanjut usianya. Janganlah sampai pada kali pertama kita ke masjid bukan lagi sebagai Jemaah mahupun imam tetapi sebagai orang yang disolatkan buat kali terakhir sebelum dikebumikan.

Ahli Kumpulan