Masjid
pada bahasa arab adalah nama bagi tempat bersujud. Masjid memainkan peranan
yang sangat penting dalam pembangunan umat Islam dan menegakkan tamadun
kehidupan mereka. Masjid
juga disebut sebagai Baitullah (rumah Allah) bahkan sebagai Bait Al Jami'
(rumah masyarakat). Ianya mempunyai pelbagai kegunaan lain seperti tempat untuk
mengadakan majlis ilmu, mesyuarat, akad nikah dan pelbagai kegiatan lain yang
dibenarkan oleh agama Islam. Masjid adalah syiar Islam dan menjadi nadi
pembangunan ummah wasatiah.
No comments:
Post a Comment