a)
Kuliah
maghrib
Terdapat kuliah maghrib pada setiap hari
isnin hingga khamis yang disampaikan oleh penceramah-penceramah yang mahsyur
dan mendapat pengiktiran tauliah oleh jabatan mufti. Dengan adanya majlis ilmu
seperti ini, para jemaah akan mendapat peluang untuk menambahkan ilmu
pengetahuan . Sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah kewajiban seperti mana yang
termaktub dalam hadis "Mencari ilmu itu adalah wajib bagi setiap Muslim
laki-laki maupun Muslim perempuan”. (HR. Ibnu Abdil Barr). Maka rebutlah
peluang yang telah diberikan dengan menghadirkan diri ke masjid pada tiap malam
agar masa kita dapat diisi dengan ilmu.
b)
Jamuan
makan
Selain
itu, terdapat jamuan makan yang disediakan oleh pihak masjid untuk para jemaah
selepas menunaikan solat fardhu Isyak . Pelbagai juadah yang disediakan oleh
pihak masjid antaranya mee goreng, nasi lemak atau kuih muih . Jamuan ini
disediakan bagi para jemaah agar mereka pulang dari masjid dengan gembira.
Mengapa perlu berbelanja untuk makan malam sedangkan masjid telah menyediakan
makan malam untuk para jemaah. Dengan hanya hadirkan diri ke masjid , kita
dapat menjimatkan wang perbelanjaan makanan. Alangkah lebih untung jika dapat
membawa ahli keluarga bersama-sama mengimarahkan dan menikmati juadah di
masjid.
c)
Kelas
mengaji Al-Quran
Di
masjid juga disediakan kelas mengaji untuk kanak-kanak dan orang dewasa pada
tiap hujung minggu. Kelas mengaji ini akan dipimpin oleh imam-imam masjid
tersebut. Untuk makluman semua, kelas mengaji ini adalah percuma tanpa sebarang
bayaran. Kelas mengaji ini kebiasaannya berlangsung pada jam 10 pagi sehingga
12 tengah hari. Antara yang ditekankan dalam kelas ini adalah pembelajaran
hukum tajwid dan qiraat.
d)
Kursus
pengurusan jenazah
Seterusnya, masjid juga menyediakan perkhidmatan
menguruskan jenazah dengan kadar bayaran yg amat berpatutan. Sekiranya ada ahli
qariah yang meninggal dunia, pihak masjid akan segera mempersiapkan segala
urusan bagi menguruskan jenazah tersebut. Segala urusan daripada memandikan,
mengkafankan, solat jenazah dan pengkebumian akan diuruskan oleh pihak masjid
dan dibantu oleh waris -waris arwah tersebut sekiranya si mati mempunyai waris.
Pihak masjid juga mengadakan kelas pengurusan jenazah pada tiap bulan bagi
memberi pengetahuan am kepada para jemaah. Mempelajari ilmu pengurusan jenazah
juga merupakan fardhu kifayah yang amat dituntut.
No comments:
Post a Comment