Thursday, October 13, 2022

Harapan

Harapan kami ialah  kami berharap masyarakat zaman sekarang terutamanya kepada golongan remaja, mestilah sentiasa bersikap rasional, bertanggungjawab, berhemah tinggi, berdikari dan banyak lagi. Ini adalah untuk melahirkan generasi golongan remaja yang aktif dalam meramaikan aktiviti kemasyarakatan tidak kira sama ada di masjid mahupun di mana jua.

Selain itu, kami juga berharap golongan muda ini mampu mengalas tugas sebagai imam, bilal mahupun siak. Ini adalah untuk mengurangkan kebergantungan kepada golongan yang berusia daripada terus mengalas jawatan tersebut. Dengan jawatan ini dipegang oleh golongan muda, nescaya akan ada perubahan dalam bilangan Jemaah yang menghadiri solat Jemaah di masjid mahupun di surau-surau.

Kami juga berharap melalui perkongsian ini, hati golongan muda akan lebih terbuka untuk mengimarahkan atau meramaikan masjid – masjid yang kini kian sepi dan hanya dikunjungi oleh golongan tua yang sudah lanjut usianya. Janganlah sampai pada kali pertama kita ke masjid bukan lagi sebagai Jemaah mahupun imam tetapi sebagai orang yang disolatkan buat kali terakhir sebelum dikebumikan.

No comments:

Post a Comment

Ahli Kumpulan